Wednesday, November 21, 2018

Opening Address The Worldview Of Islam : An Outline - Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Syed Muhammad Naquib Al-Attas



Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan sarjana dan pemikir yang ulung serta telah banyak memberikan sumbangan yang besar dalam pemikiran Islam. Selain hebat dalam pemikiran Islam beliau juga merupakan seorang tokoh yang dapat menguasai pelbagai ilmu antaranya ialah ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah dan kesusasteraan. beliau juga menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah dan Kesusasteraan Melayu. 



Melalui artikel Opening Address The Worldview Of Islam: An Outline menjelaskan mengenai pandangan hidup Islam dan mengenai alam Islam. Pandangan hidup Islam merangkumi aspek yang lebih luas iaitu melalui aspek dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat tidak dapat dipisahkan. Dunia harus merangkumi aspek akhirat dan begitu juga sebaliknya. Aspek akhirat adalah penting bagi persediaan manusia ke alam akhirat. Fokus utama Islam adalah bermatlamatkan kepada dunia dan akhirat. Persediaan yang dilakukan di dunia merupakan sebagai amalan yang dibuat bagi mendapat keredaan daripada Allah SWT. Oleh itu, manusia tidak seharusnya terpedaya dan taksub dengan dunia sahaja. Namun aspek akhirat harus ditekankan bagi memperlihatkan konsep Islam itu sendiri. Rangkuman tersebut menjelaskan, pandangan Islam adalah berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah yang menekankan kepada aspek agama khususnya. Islam merupakan satu kehidupan yang benar dan sahih tanpa perlu disangsikan lagi dan seseorang harus percaya kepada Islam dan meletakkan Islam sebagai yang utama. 


Syed Naquib Al-Attas juga menyatakan, Islam merupakan lahir daripada realiti dan kebenaran yang nampak oleh mata hati. Kepercayaan kepada metafizik merupakan salah satu cara untuk manusia memahami sesebuah pandangan hidup. Metafizik adalah sesuatu yang sahih tetapi wujud di sekeliling manusia dan ia merupakan energy di sekeliling manusia. Metafizik berlainan dengan fizik. Fizik ialah kaedah sains yang boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, metafizik sebaiknya, iaitu menghuraikan perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebagai contoh, setiap manusia tahu kewujudan jin tetapi kita tidak nampak keberadaan jin tersebut. Namun kita sebagai hamba Allah SWT harus percaya dengan kewujudan jin. Dengan ini, perbincangan tentang 'worldview' bukan sahaja melihat kepada dunia sahaja, malah ia meliputi dan merangkumi keseluruhannya. Umat Islam harus bersandarkan kepada pandangan hidup Islam agar mereka tidak sesat dalam keimanan dan keagamaan. 



Wahyu Allah



Sumber utama pandangan hidup Islam adalah berteraskan kepada wahyu Allah yang mana ia di sampaikan oleh Allah SWT kepada umatnya. Al-Quran merupakan 'kalam' Allah yang bersifat universal dan bukan diturunkan kepada orang Islam semata-mata malah kepada manusia sejagat di atas muka bumi ini. Kita sebagai manusia harus berlumba-lumba bagi mendapatkan keistimewaan di sisi-Nya. Islam itu sendiri jelas menunjukkan kesempurnaan dalam kehidupan manusia yang bersandarkan kepada al-Quran sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan. Manusia tidak akan tersesat apabila mengamalkan suruhan dari Allah SWT. Pandangan hidup Barat sangat berbeza dengan pandangan hidup Islam. Barat lebih kepada pemikiran dan pemerhatian semata-mata. Barat menolak kewujudan Tuhan, syurga, neraka kerana mereka percaya kepada fizikal sahaja. Perkara yang tidak nampak dianggap tidak benar.


Secara konklusinya, pandangan hidup Islam sangat menitikberatkan kepada kehidupan ahirat dan bertunjangkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. kehidupan di akhirat adalah suatu yang utama. Oleh itu, Allah SWT menegaskan tidak salah mementingkan duniawi sahaja tetapi ia haruslah selari dan sama rata agar kehidupan yang dilakukan di dunia akan membawa kepada bekalan di akhirat kelak. 






No comments:

Post a Comment