Saturday, November 24, 2018

Pandangan Hidup Islam - Hamid Fahmy Zarkasyi

Terdahulu saya telah membicarakan mengenai pandangan hidup daripada Syed Naquib Al-Attas. Dalam entri kali ini pula, saya akan menyentuh worldview Islam yang ditulis oleh Hamid Fahmy Zarkasyi, menerusi aspek Islam. Ideologi Barat sangat bertentangan dengan isla seperti Hedonisme, Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme. Hamid Fahmy telah membahaskan kepada empat aspek penting meliputi :


1- Pandangan hidup Islam sebagai bangunan konsep
2- Pandangan hidup Islam sebagai asas epistemologi
3- Pandangan hidup Islam sebagai satu peradaban 
4- Pandangan hidup Islam sebagai kerangka studi falsafah Islam


Konsep pandangan hidup Islam itu sendiri dimulai dari konsep keesaan Tuhan yang diimplikasikan pada keseluruhan kehidupan manusia. Manusia seharusnya meletakkan Allah sebagai yang paling utama dalam segala perkara. Islam muncul kerana turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya disebarkan kepada umat manusia. Konsep Islam itu sendiri sangat universal. islam itu tidak membebanskan umatnya malah memudahkan dalam segala hal. Prinsip-prinsip Islam yang diturunkan sempurna itu menjadi titik perkembangan Islam. Ternyata fahaman hidup Barat telah memisahkan pandangan hidup daripada dunia dan agama. dalam artikel ini mengupas pandangan hidup Islam sebagai sebuah konsep dan framework kajian Islam. 




Melalui artikel ini, worldview Islam adalah merupakan satu peradaban. Tradisi keilmuan akan dikaitkan dalam konteks pembentukan peradaban Islam. Konsep keilmuan dalam Islam wujud ketika Allah SWT menurunkan wahyu (al-Quran) kepada Nabi Muhammad SAW. Konsep pandangan hidup Islam disebarkan melalui cara-cara tertentu agar dapat sampai kepada masyarakat. Al-Quran dijadikan panduan, rujukan dan pegangan umat Islam dalam kehidupan. Pandangan hidup Islam itu sendiri, terpancar dari konsep-konsep fundamental yang terdapat dalam al-Quran. 




Sebelum kedatangan Islam manusia sangat jahil dalam segala hal. Amalan-amalan tidak bermoral sangat sebati dalam diri masyarakat dahulu. Namun setelah kedatangan Islam, mereka diajar dan didedahkan dengan amalan positif dan menolak segala amalan tidak bermoral. Amalam, seperti dinyatakan dalam gambar di atas sangat sebati dengan kehidupan masyarakat jahiliah sebelum turunnya wahyu. Setelah datangnya wahyu, Nabi Muhammad telah menyebarkan kepada masyarakat. Matlamat utama kejadian manusia adalah bertaqwa kepada Allah SWT. Oleh itu, landasan hidup manusia perlu berteraskan kepada yang maha Esa. Konsep pandangan hidup Barat sangat berbeza dengan pandangan hidup Islam. Hal ini kerana, worldview Barat adalah hasil dari scientific worldview dan membentuk masyarakat yang saintifik mengikut acuan Barat.


Dalam zaman globalisasi ini, pelbagai kejadian yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Namun, apabila ingin melakukan sesuatu ia haruslah berbalik kepada tujuan sebenar melakukan perkara tersebut. Isu LGTB, pembuangan bayi, berzina, minum arak juga masih ada dalam kalangan masyarakat kini. Dengan ini, sebagai umat Nabi Muhammad yang masih berpegang kepada ajarannya, kita seharusnya tidak melakukan perkara tersebut. Akidah dan akhlak yang lemah menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan perkara yang tidak bermoral. 


Daripada perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa, tradisi keilmuan akan menghasilkan pelbagai displin ilmu menurut pandangan hidup Islam. Islam adalah agama yang benar dan manusia seharusnya kembali ke jalan yang benar. Berlandaskan kepada wahyu Allah SWT, hidup manusia akan lebih teratur. Pandangan hidup Islam akan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT daripada melakukan perkara yang tidak bermoral. 


LGBT  menginginkan hak sama rata



Datuk Noaini juga membahaskan isu LGBT



Golongan songsang diberi zakat




Isu mengenai LBGT ini menjadi buah mulut dan menggembarkan rakyat Malaysia apabila golongan songsang ini menginginkan hak sama rata. Golongan ini tidak seharusnya mendapat hak yang diinginkan malah, hukuman yang setimpal haruslah diberikan kepada mereka. Dalam Islam juga, Allah SWT sangat melaknat mereka yang melakukan perkara yag dilarang dalam Islam .


Allah Ta’ala berfirman :


{وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ}

Dan (Kami juga telah mengutus Nabi) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan yang sangat hina itu, yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelum kalian?” [Al-A’raaf: 80].

Dalam ayat yang agung ini, Allah Ta’ala menyebutkan bahwa perbuatan sodomi antara sesama lelaki, yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth ‘alaihis salam, merupakan perbuatan fahisyah.

Sedangkan fahisyah adalah suatu perbuatan yang sangat hina dan mencakup berbagai macam kehinaan serta kerendahan.
Hal ini sebagaimana penafsiran ahli tafsir, Syaikh Abdur Rahman As-Sa’di rahimahullah, ketika beliau menjelaskan fahisyah dalam ayat ini,

الخصلة التي بلغت – في العظم والشناعة – إلى أن استغرقت أنواع الفحش

Perbuatan yang sampai pada tingkatan mencakup berbagai macam kehinaan, jika ditinjau dari sisi besarnya dosa dan kehinaannya!”. [Tafsir As-Sa’di]



Isu LGBT ini secara tidak langsung akan meruntuhkan institusi sosial masyarakat yang mana yang merosakkan akidah umat Islam. Baru-baru ini pemberian zakat terhadap golongan songsang ini sememang ini tidak sewajarnya diberikan. pemebrian zakat terebut harus diberi kepda mereka yang memperlukan dalam konteks agama Islam. oleh itu, setiap umat Islam harus bersama-sama dalam menangani dan membantu mereka yang terlibat dalam perbuatan songsang ini agar dapat menyelamatkan umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. dengan adanya wahyu yang diturukan oleh Allah SWT manusa seharusnya bersandarkan dan berpegang kepada konsep pandangan hidup Islam yang lebih terjamin dan diredahi oleh-Nya.




No comments:

Post a Comment