Thursday, November 29, 2018

Mitos Peribumi Malas - Syed Hussein Al-Attas

Buku Peribumi Malas


Buku ini sangat menarik dibaca bagi memberi pendedahan ilmu kepada orang Melayu mengenai kebenaran mitos peribumi malas. Orang Melayu sering kali di’cop’ sebagai golongan malas. Namun, adakah malas yang digambarkan dan dinyatakan oleh mereka betul? Syed Hussein melihat kapitalismekolonial yang berada di tanah jajahan menjadi satu penindasan kepada masyarakat peribumi. Citra kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan adalah tidak berasas malah tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi orang Barat.



Di dalam artikel ini, Malaysia, Filipina, Indonesia diberi tuduhan yang tidak berasas, manakala masyarakat Barat digambarkan sebagai seorang yang rajin bekerja. negara Barat yang menguasai kolonial telah menguasai fikiran dunai jajahan. Penerapan ideologi ini telah menganggap amalan diskriminasi dalam melaksanakan kerja dan berpendapat bahawa orang Melayu adalah golongan yang malas bekerja. Lebih menyedihkan lagi, pendapat peribumi tidak di ambil kira sebaliknya hanya ditafsirkan oleh penjajah Barat sahaja. Peribumi tidak boleh bersuara dengan terbuka kerana penjajah Barat lebih berkuasa pada masa tersebut. Salah satu faktor utama, kedatangan penjajah Barat adalah untuk mendapatkan wilayah bagi mengeksplotasi ekonomi di tanah jajahan.



Syed Hussein Al-Attas


Syed Hussein At-Attas menyatakan bahawa pada abad ke-19 dan ke-20 sarjana Barat menggambarkan nilai negaif orang Melayu di pantai Timur dan Barat. Orang Melayu di pantai Barat dikatakn bodoh, lemah manakala, orang Melayu di pantan Timirdikatakan kurang berada. Keadaan ini digambarkan secara jelas mengenai orang peribumi. Pada abad ke17 hingga ke -19 penduduk Filipina menyerupai masyarakat Melayu dari segi kadangkala pandangan mereka. Masyarakat Filipina digambarkan tidak boleh dipercayai, dungu, malas, gemar melancong. dan mereka dikatakan apabila membuka pintu mereka tidak pernah menutupnya. 


Penindasan yang dilakukan oleh kapitalisme kolonial adalah salah satu cara untuk kepentingan peribadi mereka idea utama mereka adalah dalam membahaskan ideologi kolonialisme adalah meninterprestasi kemalasan golongan peribumi. Keengganan masyarakat peribumi dalam kegiatan ekonomi menyebabkan lemparan negatif mereka terhadap golongan peribumi. Dalam hal ini, mereka para penulis kolonial melemparkan tuduhan dan hujan ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap punca utama kemalasan golongan peribumi.


Selain itu, imej orang Jawa sejak abad ke-18  hinggan ke-20. Sistem tanaman paksa mengakibatkan beberapa perlakuan kejam dilakukan kepada orang Jawa. Sistem yang dibuat tidak adil kerana petani dipaksa menanam tanaman jualan selama 240 hari  yang mana mereka tidak memperuntukan masa untuk tanaman makanan mereka. Mereka tiada hak bersuara untuk menanam tanaman pilihan mereka.



Tanaman Buruh Paksa




Secara keseluruhannya, Mitos Peribumi Malas hanyalah bersandarkan kepada mitos sahaja. Syed Hussein menolak pendapat negatif Barat terhadap masyarakat Timur yang di anggap malas dan tidak komitment ketika bekerja. Bukti-bukti yang di ambil daripada beberapa orang tokoh jelas membuktikan tiada alasan yang kukuh untuk menyatakan golongan peribumi malas. Namun, ada sebab yang menyebabkan golongan peribumi tidak melaksanakan kerja yang diminta oleh golongan kapitalisme. Melalui karya Syed Hussein Al-Attas ini, akan menyedarkan golongan peribumi tidak bersalah dan peribumi itu malas seperti yang dinyatakan adalah mitos semata-mata. Masyarakat pada ketika itu menolak untuk bekerja di bawah system perhambaan dan bertindak untuk bekerja sendiri. Orang Melayu membawa pekerja daripada India dan Cina untuk menopoli sumber bahan mentah, lantaran itu orang Melayu miskin di negeri sendiri. 


Gambaran yang ditulis dalam buku tersebut hanyalah hujan yang tidak bersandarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Ungkapan golongan peribumi malas tidak dianalisis dengan terperinci yang menggambarkan kemalasan yang tidak tepat bagi golongan peribumi. Akibat peribumi tidak mahu bekerjasama dan membantu dalam ekomoni, Barat telah membuat spekulasi dengan mengatakan peribumi adalah gologan pemalas. Dengan ini, gembar-gembur yang dibuat akan membuatkan masyarakat lain memandang serong kepada golongan peribumi. Propaganda ini hanyalah pembohongan palsu yang di buat oleh Barat dan masyarakat Melayu wajib membaca buku ini dengan teliti agar mereka dapat tahu 'Mitos Peribumi Malas' hanyalah rekaan golongan kolonial sahaja terhadap peribumi Melayu.


No comments:

Post a Comment