Artikel ini akan
membincangkan mengenai falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas kepada
pembentukan Kebudayaan dan Kesenian. Aspek-aspek yang menjadi asas pembentukan ini
adalah melalui fahaman akidah, rasional dalam Islam, toleransi dalam Islam,
ukhuwwah, pandangan sejagat Islam, fahaman ahli sunnah waljammah, ciri-ciri
kedamaian, kesenian Islam. Orang Melayu berperanan dalam usaha untuk membentuk
kebudayaan agar akhirnya dapat membentuk jati diri Melayu Islam yang sejati.
Pemikiran orang Melayu telah
dipengaruhi oleh pengaruh Hindu Buddha sebelum kedatangan Islam. Rakyat
dipisahkan dengan sistem kasta dan sistem feudal memberatkan kehidupan
rakyat. Rakyat lebih terbeban tetapi tidak berani untuk meluah. Ajaran agama pula
disebarluaskan pada golongan atasan sahaja dan tidak kepada golongan bawahan.
Apabila Islam datang, telah berlaku transformasi ke atas kebudayaan Melayu
menerusi pemikiran, falsafah terhadap orang Melayu.
Fahaman Akidah Yang Mudah Diterima Akal
Kebudayaan dan
Kesenian berkaitan antara satu sama lain. akidah yang menjunjung Allah SWT dan
berasulan Muhammad SAW menjadi pokok utama dalam kebudyaan dan Kesenian.
Tuhan merupakan penentu segala perkara.
Dengan ini, Tuhan diletakkan yang paling utama dalam kebudayaan Melayu.
Kesenian Islam merangkumi nilai-nilai indah (al-Jamal) kepada kebenaran
(al-Haqq).
Pengertian
indah menurut Barat dan Islam sangat berbeza
Indah dalam Islam à (satu
zat Allah) bukan hanya indah dalam cara atau teknik tapi indah dalam kebenaran
Hakiki
Indah dalam Barat à
keindahan hanya diperkatikan dengan estetika
|
Fungsi Rasionalisme Islam
Syed Naquib lebih selesa menekankan jasa besar Islam menggerakkan daya rasional intelak manusia Melayu-Indonesia. Beliau telah membawa pelbagai peringkat ke zaman baru yang lebih maju dan berjaya. Perkara ini membawa kepada intelek dan rasional umat Melayu yang sebelum ini tidak ditekankan. Syed Naquib Al-Attas telah menggunakan istilah baru yang bermakna Islam telah memberikan wajah dan inspirasi baru terhadap kehidupan dan kebudayaan Melayu.
Abad ke-16 dan ke
-17 adalah tempoh subur penulis-penulis sastera dan falsafah, metafizik dan
teologi, lahir tokoh-tokoh ternama ternama menulis dan menyalin bahan bahan
dari Timur Tengah dalam bidang-bidang di atas. Dengan ini jelas menunjukkan
bahawa, zaman tersebut merupakan zaman pembangunan rasionalisme dan
intelektualisme yang tidak pernah berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam
di Asia Tenggara.
Pengaruh persuratan
telah berlaku dengan meluas di Alam Melayu. Dan telah lahirnya karya-karya
besar di Champa, Sumatera, Jawa mahupun Sulawesi. Telah lahir tokoh bebarapa
orang tokoh pemikir seperti Empu Kanwa, Empu Dharmaja, Empu Tantalur dan Empu
Parapanca yang menghasilkan buku Nagarakartagama. Sifat kreativiti
orang Melayu memperlihatkan kemunculan hikayat-hikayat yang membawa mesej Islam
melalui penceritaan tokoh atau peristiwa-peristiwa seperti Hikayat-Hikayat Nur
Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya. Manakala,
hikayat bersifat Nusasntara seperti Hikayat Raja Pasar, Hikayat Bayan Budiman,
Hikayat Melayu dan sebagainya.
Sumbangan ulama
dan penulis agama tidak dapat dilupakan. Kelahiran tokoh-tokoh tekenal seperti
Hamzah Fansuri, Syed Abdul Kadir Kedah, Syed Daun al-Fattani dan lain-lain
meningkatkan lagi penulisan warisan gemilang dan bidang agama.
Watak damai dan toleransi
Karateristik
atau watak Islam di Asia Tenggara lebih damai, ramah dan toleran. Thomd
W.Arnold dalam buku The Preaching of
Islam di Asia Tenggara lebih ‘jinak’ lebih ‘lunak’ menerusi konsep
penyebaran Islam. Barat menganggap tidak murni kerana lebih jelek dan kurang
murni. Perlembagaan Negara Malaysia 1957 telah mewujudkan tolak ansur dan
persefahaman antara kaum yang menjadi landasan pembentukan sebuah negara yang
bersatu padu. Pemebrian kerakyatan telah diberi kepada orang-orang bukan Melayu
iaitu Cina dan India. Tolak ansur dan kelonggaran telah memberi keuntungan
besar kepada orang-orang bukan Melayu walaupun mereka tidak tahu dan tidak
fasih berbahasa Melayu dan adat budaya Melayu.
Deklarasi Hidup Bersaudara
Melaka merupakan
tumpuan saudagar dan aktiviti perdagangan dan sebuah pelabuhan yang terkemuka
di dunia. Dalam Islam juga menjelaskan semua orang mukmin itu bersaudara
seperti firman :
Surah Al Hujurat ayat 10
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa, setiap orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, kedamaian adalah punca untuk menyatukan antara satu sama lain. serta bertakwa kepada Allah merupakan salah satu cara untuk mendapat rahmat dan keredaan daripada-Nya.
Kedamaian yang berlaku dapat dilihat daripada pedagang bebas berurusan dengan tenang kerana tiada peperangan. Deklarasi bersaudara menyumbang kepada suasana damai di rantau ini. Barat menjadi bangsa memperkenalkan ‘budaya jahat’ akibat mazhab da amalan agama yang berlainan. Barat gagal mempraktikan deklarasi ini.
World View Kehidupan Dunia dan Tuntutan Spiritual
Fahaman yang
memikat hati nurani bangsa Melayu ialah falsafah yang menekankan hubungan intip
dunia da akhirat.
Fahaman Animisme – membentuk hubungan dengan alam
Fahaman Hindu Buddha – pengaruh kerohanian dan
nilai-nilai akhlak yang mengandungi unsur-unsur ritual melampau .
Kedatangan Islam – fahaman animisme dan Hindu Buddha
mundur
|
Tuntutan Islam
adalah kepada duniawi dan ukrawi dan manusia mula menerima anjakan daripada
tradisi sebelumnya. Pengaruh Islam telah merubah penekanan daripada unsur-unsur
estetika dalam kebudayaan Melayu. Pemikiran
Islam adalah merubah kepada bercorak pemikira intelektual yang rasional dan
ilmiahcdalam konteks Islam.
No comments:
Post a Comment