Saturday, December 29, 2018

Menyantuni Golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisekusual, Transekual)


Liberal itu sendiri membawa maksud negatif dalam konteks agama Islam malah aspek positif juga tidak dinafikan dalam menilai aspek liberal itu sendiri. Liberal membawa maksud fahaman yang bebas dan berpandangan terbuka. Sebelum menilai liberal kita seharusnya memahami dalam konteks yang lebih mendalam lagi iaitu secara keseluruhan dan tidak hanya melihat dari aspek negatif sahaja malah dari sudut positif juga harus dilihat seperti kebebasan mengamalkan agama, nila-nilai budaya saing, kedaulatan undang-undang, konstitutionalisme dan lain-lain.







Islam sejati menolak liberalisme kerana golongan liberalisme menerima sekularisme iaitu suatu fahaman yang memisahkan agama daripada kehidupan publik yang mana menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual semata-mata. Selain itu, golonan liberal sentiasa mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Seorang Muslim seharusnya mendahulukan al-Quran dan Sunnah dalam setiap perkara yang dilakukan agar tidak bercanggah dengan agama Islam dan golongan liberal berpegang kepada teologi inklusif dimana bukan Islam sahaja yang benar tetapi semua agama juga benar kerana semua itu adalah jalan-jalan menuju kepada Tuhan yang sama. Di samping itu, golongan liberal meletakkan sepenuhnya keyakinan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang terbaik dan tidak mungkin ada yang lebih baik daripadanya serta golongan liberal mempromosikan nilai-nilai liberal seperti gaya hidup bebas, menolak segala bentuk undang-undang moral.


Ciri-ciri fahaman liberal adalah berlandaskan kepada akal semata-mata, mempertikaikan kesahihan al-Quran, menolak hadis serta menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan. Dengan ini sangat bertentangan dengan agama. Tetapi masihkah kita sedar bahawa gologan ini sememangnya memerlukan perhatian msalah yang terjadi pada diri merupakan suatu masalah yang tidak diminta oleh mereka sendiri. Isu sebegini harus diangkat bagi membatu golongan ini tanpa prejudis. 


Dalam kajian ini saya memfokuskan kepada fahaman liberalisme yang mendukung kepada LGBT dari sudut positif. LGBT membawa maksud sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, lesbian, biseksual dan transeksual. Nama ini sudah digunapakai sejak tahun 1990-an bagi melabel mereka menjalani kehidupan sebagai LGBT. Walaupun cara hidup dan tuntutan kumpulan tersebut bertentangan dengan prinsip Islam dan norma kehidupan masyarakat yang normal, namun kegiatan LGBT terus berkembang dalam kehidupan masyarakat kini. Mereka yang terlihat dalam kancah keji ini merupakan mereka yang pernah dibuli, trauma dan sebagainya. Mereka tidak menginginkan perkara ini berlaku kerana ini bukan kehendak mereka. 


Melalui artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) menyatakan pendirian dan sikap menjadi LGBT dalam kalangan Muslim adalah telah ditetapkan oleh Allah SWT. Semua ini adalah ujian dan sesuai dengan kadar kemampuan setiap individu. Firman Allah SWT yang bermaksud “Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cabaran (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu kembali” (al-Anbiya 21:35).
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah AWT akan memberi ujian kepada setiap hambanya dengan pelbagai jenis ujian sama ada berupa kebaikan dan keburukan. Setiap ujian yang diterima harus ditempuh dengan keimanan yang kukuh sesuai dengan ujian yang diterima.




Bila seseorang jahil berbicara mengenai sesuatu hal, memang mudah untuk kita menghukum secara borong. Apabila dikritik mereka akan melenting. Apabila pandangan alternatif diberika, golongan yang bertindak sedemikian akan dilabel “Islam Liberal”. Sikap sebeginilah yang melahirkan pemikiran yang jumud san sempit. Inilah yang berlaku apabila para agamawan hidup dan berfikir di bawah tempurung. Dengan ini pelbagai hukum dan fatwa dikeluarkan bagi menghukum golongan ini secara terus.


Melalui keratan akhbar Utusan Online pada 1 September 2018 menyarankan agar Umat Islam harus berpandukan kepada al-Quran untuk menyelesaikan is berkaitan dengan golongan LGBT ini daripada terus merebak. Pendekatan secara harus dilakukan agar golongan ini lebih selesa untuk didekati. Menurut Firdaus Wong mengatakan abjad ISLAM itu sendiri boleh membawa kebaikan kepada golongan tersebut. Setiap abjad tersebut mempunyai makna yang halus yang perlu didekati dengan golongan ini. 


Abjad pertama I merujuk kepada institusi agama yang perlu diperkasa. Insitusi agama kita dipandang serong kerana gagal memainkan peranan yang baik. Abjad kedua S merujuk kepada santuni iaitu semua pihak digalakkan menyantuni golongan LGBT mendekati mereka serta tidak terlalu cepat memandang serong dengan kumpulan tersebut. L pula merujuk kepada layan iaitu layanan golongan LGBT ini dengan kelembutan, bukan diherdik, menghina dan mengejek kerana ini akan menjatuhkan mereka. Rasulullah SAW sendiri menasihati para sahabat dengan cara lembut dan bukan dengan cara kekerasan. Selain itu, A pula merujuk kepada agamawan yan dilihat menjadi semakin ekslusif dan sukar didekati sehinggan menjadi jurang antara orang biasa yang memerlukan bimbingan dari mereka. Akhir sekali, M adalah merujuk kepada media yang berusaha menanfaatkan semua bentuk media yang ada bagi mendekati dan mengajak golongan LGBT kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, Islam sendiri mengajak orang ramai untuk menyantuni golongan manoriti ini dengan cara yang lembut agar tidak menyakiti hati mereka. Dalam konteks ini, mereka berhak memilih cara hidup yang mereka sukai dan orang ramai tidak seharusnya memaksa golongan ini dengan cara kekerasan.


Selain itu, dalam artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani pada 29 Julai 2018. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata dengan menyantuni golongan itu secara berhemah dan pendekatan kasih sayang, ia diyakini dapat menarik golongan itu daripada terus mengamalkan gaya hidup songsang dan seks bebas yang mendorong mereka terus terjebak dalam lembah kehinaan. Kita tidak seharsnya melihat dari sudut negatif daripada golongan ini malah dari sudut positifnya juga harus dilihat agar kewujudan golongan ini tidak disalahertikan. Tindakan undang-undang tidak wajar di ambil kerana golongan ini perlu didekati untuk memahami apa masalah yang melingkari hidup mereka dan bagaimana boleh membantu mereka supaya kembali kepada fitrah yang Allah jadikan antara lelaki dan perempuan. Pada persidangan Dewan Rakyat 23 Julai lalu Mujahid Menteri di Jabantan Perdana Menteri Parit Buntar berkata undang-undang sedia ada melarang golongan itu mengamalkan gaya hidup mereka. Menikmati hak sama rata sebagai warganegara, golongan LGBT tidak boleh didiskriminasikan dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja. 




Sememangnya berat ujian yang diterima oleh golongan LGBT ini. Namun mereka harus percaya Allah SWT akan menjadikan mereka manusia yang unggul dan berkualiti. Masalah yang dihadapi oleh mereka, juga dihadapai oleh orang lain tetapi dalam ujian yang lain seperti masalah kewangan, pekerjaan hubungan sosial dan sebagainya. Dalam Berita Harian Online pada 28 Disember  mengatakan golongan LGBT ini boleh diubah dengan pendekatan dua hala yang boleh dilakukan khusunya daripada kesungguhan daripada individu terbabit. Golongan ini tidak sepatunya disingkirkan sebaliknya dibantu dengan merujuk kepada pakar serta berusaha mendekatkan mereka kepada ajaran agama Islam yang sebenar.


Rentetan daripada ini, golongan ini tidak seharusnya dipandang rendah dan enteng kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan tetapi mereka menghadapi masalah iaitu terlihat dalam golongan LGBT yang dipandang serong oleh lapisan masyarakat. Oleh itu, sebagai golongan akdemik kita tidak boleh sewenang-wenangnya menolak golongan ini kerana golongan ini juga mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Islam seharusnya merungkai masalah yang dihadapi oleh mereka dengan mengambil pendekatan yang yang lebih holistik dengan mengambil jalan untuk mendekatkan diri dengan golongan ini dan tidak melakukan secara kekerasan terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment