Ilmu menurut Islam adalah ilmu yang mampu membimbing manusia mengenal dan mendekati Allah SWT. (Jasmi, Kamasrul Azmi. 2016a). Sains dan teknologi digunakan ke arah kebaikan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Falsafah ilmu Islam dan Barat sangat berbeza kerana Islam bertunjangkan kepada wahyu dan Barat berpegang kepada falsafah yang lebih terbuka.
Kepentingan sains dan teknologi amat penting dalam konteks hari ini dalam pembangunan sesebuah negara. Sejak dari dahulu lagi penemuan sanis dan teknologi sudah dapat dikenalpasti oleh cendiakawan dalam bidang astronomi, matematik, fizik, biologi dan perbuatan. Masyarakat dahulu lebih awal mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah dalam bidang sains. Dengan kata lain, masyarakat dahulu lebih mengetahui mengenai sains dan teknologi kerana penguasaan dalam sesuatu bidang memperlihatkan mereka mengetahui bidang sains dan teknologi.
Salah satu punca utama membawa kepada kemunduran dalam bidang sains dan teknologi adalah perpecahan dalam kalangan pemimpin Islam. Isu mementingkan diri tidak harus ada dalam diri setiap pemimpin untuk mentadbir sesebuah negara agar tidak berlaku perecahan. Penyalahgunaan kuasa menyebabkan kuasa besar Eropah menjadi peneraju bidang sains dan teknologi. Kemuduran bidang sains dan teknologi terkesan kepada negara yang sedang membangun kerana bidang sains dan teknologi amat penting dalam membangunkan institusi sesebuah negara.
Kemunduran bidang sains dan teknologi adalah dimonopoli oleh negara kelas ketiga yang mana majoritinya diwakili oleh negara Islam dan kemajuan negara dikuasai oleh negara membangunan iaitu negara kelas pertama yang banyak dikuasai oleh bangsa yahudi dan kristian. Oleh itu, kekuasaan sains dan teknologi dikuasai oleh mereka dan pembangunan sesebuah negara turut dikawal oleh mereka. Dengan ini, onegara Islam seharusnya membuka mata untuk memajukan bidang sains dan teknologi dalam konteks Islam agar tidak bercanggah dengan agama Islam.
Pendidikan yang diberi kepada golongan peribumi adalah sangat rendah kerana masyarakat peribumi mempunyai kelayakan yang rendah dari golongan yang lain. Sekatan yang dibuat oleh barat menyebabkan sistem pendidikan Islam tidak maju ke hadapan. Namun terdapat beberapa faktor utama yang menghalang negara atau umat Islam untuk memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi.
Tahap Kebergantungan
Pinjaman teknologi moden merupakan kaedah kebergantungan negara membangun untuk membangnkan kemudahan teknologi yang terkini. Untuk menjadi sesebuah negara yang sebaris dengan negara maju yang lain, kemajuan dalam bidang teknologi amatlah penting bagi memperkuat dan memperluaskan lagi sesebuah negara.Sesebuah negara membangun haruslah selari dengan kemajuan sains dan teknologi bagi memperkukuhkan kuasanya. Negara Jepun dan Turki merupakan negara yang membangun dalam bidang sains dan telnologi serta bijak dalam menguruskan pemerintahan untuk pembangunan negrannya. Pemeritahan negara Jepun tidak dapat disangkal lagi kerana Jepun lebih maju ke hadapan dan berjaya menjadisalah sebuah kuasa besar dalam bidang ekonomi yang di kenali di seluruh dunia. Berbanding dengan Tukri yang hanya menghatar pelajarnya mempelajari teknologi di luar negara. Perancangan yang jelas, teliti, rapi yang mempunyai visi dan misi yang baik akan dapat membangunkan dengan sempurna dalam bindang sains dan teknologi.
Kolonialisme
Di samping itu, faktor yang menghalang dalam kemajuan bidang sains dan teknologi adalah kolonialisme. Sistem ini memberi kesan psikologi yang buruk kepada masyarakat setempat kerana pendekatan yang dibawa oleh penjajah. Akibatnya berlaku perpecahan dalam kalanganbangsa peribumi dan menjejaskan kesejahteraan peribumi, golongan kelas perdagangan seta memonopoli ekonomi. Dengan ini, sistem pendidikan Islam dijajah dan mereka dipandang serong oleh negara lain dan ia secara tidak langsung negara Islam tidak dapat maju kehadapan kerana batasan yang dilakukan oleh kolonialisme. Keadaan ini berlanjutan berlaku walaupun sesebuah negara itu telah mencapai kemerdekaan.
Sistem Pemerintahan
Pemerintahan sangat penting dalam membangkitkan sesebuah negara. Nilai kepimpinan yang lemah akan menjatuhkan kemajuan sesebuah negara seterusnya menghalangsesebuah negara untuk bersaing dengan cara yang sihat. Orang yang berpendidikan dan berpengetahuan mempunyai kekuatan untuk memajukan sesebuah negara ke arah yang lebih dinamik dan baik. Kepimpinan yang baik dan sempurna menggambarkan kepada negara yang akan diperintah. Seseorang pemerintah yang baik akan menggambarkan dan melambangkan kemajuan negara tersebut.
Pemimpin yang telah dilantik bagi meneraju sesbuah negara haruslah mempunyai pengetahui yang luas mengenai bidang sains dan teknolgi. Hal ini kerana, bidang ini amat penting bagi membangunkan sesebuah negara dalam konteks kini. Dengan ini secara tidak langsung dapat meneraju dan memacu matlamat negara ke arah yang lebih sistematik.
Sistem Pendidikan
Nagara Islam lebih cenderung untuk memperkasa bidang ketenteraan berbanding dengan bidang pendidikan. Hal ini kerana, kurangnya daya intelektualan serta visi pada pemimpin sesebuah negara. Sistem pendidikan yang bercorak adunan sendiri perlu dilaksanakan untuk menambahbaik pemikiran yang berfalsfah, lebih kreatif dan kritis. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat sukar untuk diterapkan kerana nilai yang perlu ada pada setiap anak tempatan untuk memperlekehkan intelektulan dalam bidang sains dan teknololgi menjadi obesi dari negara Barat. Tradisi Islam yang wujud pada zaman klasik haruslah dikembangkan lagi pada zaman kini.
Ekonomi
Perancangan bidang ekonomi bagi kemajuan sanis dan teknologi amat penting. Kerana ia dapat meneroka pasaran dan membuka ruang perniagaan dan menarik minat pelabur luar untuk membuat kerjasama dengan sesebuah negara. Perkembangan ekonomi yang baik secara tidak langsung akan memberi peluang kepada negara luar berani untuk melabur dengan negara Islam. kerancakan bidang sains dan tenkologi perlulah dirancakkan agar dapat memeri manfaat yang baik. Namun kebelakangan ini terdapat permasalahan ekomoni yang masih tidak diurus dengan baik dalam kalangan negara Islam yang menjadikan negara Islam paling miskin dibebankan dengan bebanan hutang dari negara bukan Islam.
Kesimpulanya, bidang sains dan teknologi merupakan ilmu yang penting dalam bidang ilmu pentadbiran alam. Daripada dahulu lagi, ilmu sangat penting kepada umat Islam untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Galakan menuntut ilmu juga telah ditulis dalam al-Quran. Islam juga menggalakan umatnya untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahat. Dengan ini dapat dilihat, bertapa pentingnya ilmu kepada setiap manusia itu sendiri. Islam tidak menghalang umatnya untuk mempelajari ilmu sains selagi tidak menimbulkan kemudaratan atau bercanggah dengan akidah Islam.
No comments:
Post a Comment