Saturday, December 29, 2018

Atap Genting dan Atap Rumbia: Teks Deklaratif

Sebelum mengupas lebih lanjut lagi mengenai teks drama Atap Genting dan Atap Rumbia daripada perspektif teks deklaratif rasanya eloklah saya memberi menerangkan mengenai makna dalam sesebuah teks bagi memberi pemahaman kepada pembaca mengenai teks dan makna dalam sesebuah teks drama. Teks dan makna drama dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

  • Deklaratif
  • Imperatif
  • Interogatif

Dalam sesebuah teks drama mempunyai makna yang ingin disampaikan oleh pengarang dan khalayak sebagai penonton akan membuat tafsiran terhadap karya yang dilihat. Khalayak akan mentafsir rasa dan makan yang terselindung kerana ia akan melahirkan pelbagai tafsiran melalui apa yang dilihat. Teks yang dihasilkan oleh pengarang merupakan emosi, luahan hati pengarang sebagai medan untuk meluahkan perasaan sedih, gembira, marah dan lain-lain.  Dengan ini secara tidak langsung akan menghasilkan makna dalam setiap teks yang dihasilkan. 


Deklaratif -  Merupakan teks yang paling mudah difahami kerana pengarang penyampaikan jalan cerita secara terus tanpa sebarang selindung dan cerita tersebut menunjukkan pengakhiran yang akan diagak oleh khalayak. Dengan ini mudah untuk khalayak faham jalan cerita sebenar kerana pengarang tidak membisukan suara dan tiada maksud tersirat yang disampaikan. Teks ini sesungguhnya mengemukakan satu resolusi, satu deklarasi sikap pengarang terhadap penyelesaian yang mana satu pertentangann dalam kehidupan masyarakat. Melalui teks deklaratif ini sebenarnya lebih disukai oleh khalayak kerana jalan ceritanya mudah difahami dan tidak perlu membuat andaian apabila pengakhiran jalan cerita.



Imperatif – Teks imperatif berbeza dengan teks deklaratif kerana teks ini membawa khalayak untuk berfikir mengenai penyelesaian terhadap jalan cerita. Pengarang tidak mengemukakan penyelesaian terhadap jalan cerita. Ia merupakan kepada rentetan yang benar-benar berlaku dalam masyarakat dan kebudayaannya dan tidak mengutamakan sebarang kesimpulan. Dengan ini, khalayak akan dibawa memasuki persoalan kehidupan dan akhirnya khalayak sendiri yang membuat kesimpulan menurut aliran pemikiran masing-masing. Ada khalayak yang suka dengan teks sebegini kerana ia mencabar minda mereka untuk berfikir. Persoalan  demi persoalan akan timbul untuk menambah tenaga dalam teks.



Internogatif – Melalui teks ini ia mencabar pemikiran khalayak. Teks disampaikan secara berlapis-lapis, drama dalam drama, cerita dalam cerita, mimpi dalam mimpi, realiti dalam ilusi dan sebagainya. Teks sebegini mencabar dan menguji kefahaman khalayak untuk mentafsir drama tersebut kerana ia bersifat berat kerana penyampaiannya mempunyai makna yang tersurat dan tersirat kepada khalayak.


Atap Genting dan Atap Rumbia: Teks Deklaratif






Sebagai sebuah karya realisme  pengarang cuba memaparkan realiti masyarakat sebenar sebagaimana yang wujud pada zaman tersebut. Drama ini ditulis pada tahun 1963. Oleh itu, sedikit sebanyak reality masyarakat ekitar tahun 1960-an di paparkan dalam drama ini. Perbezaan yang wujud dari sudut sosio-ekonomi menyebabkan berlakunya pertentangan nilai antra dua golonga ini. Orang kaya yang dianggap tidak sukakan orang desa sebagai tidak setaraf dengan mereka. Ha lini secara tidak langsung memberi kesan dalam urusan kehidupan seharian seperti pemilihan jodoh antara orang kampung dan orang Bandar. Orang tua pada zaman tersebut sangat memilih menantu pilihannya keranan mereka mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang ada pada seseorang calon menantu. Nilai-nilai ini dipegang oleh kelompok masing-masing kerana ada yang ingin menjaga nama, taraf dan sebagainya. Hal ini jelas ditonjolkan dalam drama Atap Genting Atap Rumbia apabila ikatan Shamsuddin dan Shamsiah mendapat tentangan daripada kedua belah pihak yang berbeza fahaman nilai.

Dalam teks drama ini memparkan secara tersurat mesej dan makna penceritannya iaitu pertentangan antara golongan Bandar dengan golongan desa. Percintaan Shamsiah (gadis Bandar daripada golongan berada) dengan Shamsudin (terunan desa daripada keluarga miskin) menerima tentangan hebat daripada orang tua mereka. Akibat tidak samat taraf hubungan mereka tidak direstui. Rentetan daripada jalan cerita yang memaparkan sinis, lucu, teks yang diakhiri dengan mengemukakan satu penyelesaian secara bertolak ansur. Pencintaan ini tidak boleh diputuskan oleh perbezaan latar belakang keluarga hanya kerana tidak mendapat persetujuan orang tua mereka. Namun, di pengakhiran cerita memaparkan kejayaan mengikat percintaan dengan tali perkahwinan dengan bantuan daripada bantuan tukang masak dan tukang kebun yang lebih mengerti perasaan orang muda.

Walapun mendapat tentangan daripada keluarga akhirnya mereka disatukan dengan bantuan orang lain. dengan ini pengarang cuba untuk memaparkan jalan cerita yang mudah difahami oleh khalayak tanpa mereka perlu berfikir dengan mendalam mengeni jalan cerita ini. Jika dilihat secara selapis khalayak akan mudah untuk memahami jalan cerita yang mana melibatkan dua buah keluarga yang berlainan taraf kehidupan. Jalan cerita ini boleh dilihat secara tersurat sahaja tanpa perlu dilihat secara tersirat jalan cerita yang ingin disampaikan.  

Secara keseluruhanya, pengarang berjaya menyampaikan pemikiran terhadap nilai dan permasalahan sosio-politik melalui Atap Genting Atap Rumbia kerana ia di sampaikan secara terus kepada khalayak. Dengan ini khalayak akan lebih dekat untuk memahami mesej yang ingin disampaikan teks ini cuba menggambarakan milieu kehidupan masyarakat, sistem nilai dan makna yang terkandung dalam kebudayaan. Ini jelas menunjukkan sebuah cerita berbentuk deklaratif kerana jalan cerita yang disampaikan secara terus dan mudah untuk khalayak memahami jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang.


No comments:

Post a Comment