Dalam menyingkap tradisi dan kemodenan umat Islam hari ini tidak terkecuali dalam mengalami dilema. Dalam artikel yang tulisan Khalif Muammar A.Haris yang telah membicarakan persoalan tradisi dan kemodenan di letakkan pada tempat yang wajar. Hal ini kerana, berlakunya banyak kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Golongan modenis, golongan tradisional dan ada yang mengambil jalan tengah untuk memberi makna dan maksud mengenai tradisi dan kemodenan ini. Keadaan ini telah mewujudkan maksud yang berbza-beza dalam konteks umat Islam.
Golongan Moden menganggap tradisi membebankan yang harus dilupakan untuk maju ke hadapan. Manakala pada golongan yang berlawanan iaitu golongan Tradisional mengkuduskan tradisi sehingga menganggap segala yang dipertuturkan tidak boleh diganggu gugat dan harus di terima sebagaimana adanya tanpa apa-apa perubahan. Selain itu, ada mengambil jalan tengah dengan menerima apa yang benar dan baik serta menolak apa yang salah dan buruk.
Al-turath (dalam bahasa Arab)
Perkataan tradisi tidak dapat digantikan dengan perkataan al-turath kerana terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Perkataan tradisi memberi konotasi negatif. Tradisi memberi makna segala pandangan, doktrin, amalan, peribadatan, yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi lain. ia lebih kepada cerita dongeng (folklore, legend) dan mitos yang diturunkan gengerasi ke generasi melalui komunikasi lisan. Oleh itu, pemikir-pemikir Barat melihat tradisi ini tidak releven untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kontemporari.
Turath merupakan panduan bagi umat Islam memahami dan melaksanakan ajaran agama Islam. Ia merupakan kerangka klasik yang masih digunakan dan berperanan merakam pemahaman dan pentafsiran terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Ia juga dianggap sebagai ajaran-ajaran yang tidak bertulis yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang diteruskan penyebarannya.
Golongan moden atau masyarakat kontemporari beranggapan tradisi adalah beban yang harus dilupakan untuk kemajuan masa hadapan. Dengan ini Barat menolak sekeras-kerasnya berkaitan dengan tradisi. Makalah ini juga mengkritik pendekatan liberal dalam berhadapan dengan turath yang mengakibatkan keruntuhan autoriti agama. Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, beriman kepada kekuasaan Allah dan perkaraghaib. Dunia merupakan jambatan yang menghubungkan kepada akhirat. Oleh itu, setiap manusia harus mengumpul pahala dan amalan yang baik untuk bekalan di akhirat kelak.
Dari sudut tradisi dan kemodenan menurut perspektif Islam dan Barat mempunyai perbezaan yang amat ketara. Perkataan tradisi sendiri memberi padnangan negatif Barat kerana tradisi dikatakan tidak releven untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kentemporari. Tradisi lebih kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari generasi kganerasi melalui komunikasi lisan. Namun, melalui pandangan Islam tradisi dihormati dan dihargai kerana ia menuju ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Turath merupakan panduan dan bimbingan umat Islam dalam menjalanu kehidupan yang lebih baik. Berbeza pula dengan zmana kemodenan tela memalui pascatradisi yang menekankan kepada sains dan teknologi serta kemajuan material.
PELECEHAN TERHADAP TRADISI DAN AUTOROTI
Pada abad ke-19 telah berlaku kecenderungan untuk mengkritik tradisi atau turath. Sebagai manusia yang lemah dalam bidang ilmu agama tidak seharusnya merendahkan para ulama besar. Golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jammah menganggap diri mereka lebih tahu tentang agama dan dekat kepada al-Quran dan al-Sunnah. Keadaan ini ini telah menyebabkan golongan ini menganggap mereka sedarjat dengan para ulama besar. Islam merupakan agama yang sangat menekankan ilmu dalam kehidupan seseorang muslim keranan agama ilmuan diangkat tinggi martabatnya disisi Islam. sepertimana yang diketahui, menghormati ulama adalah sebahagian daripada menghormati ilmu. Oleh itu, kepentingan menghormati Islam merupakan sebahagian autoriti daripada melindungi Islam daripada kerosakan akhlak. Umat Islam sendiri perlu menjaga autoriti dalam Islam agar tidak membawa kepada keruntuhan Islam.
ISLAM DAN MODENITI
Allah menerima setiap taubat hambanya.
Dan sebagai hamba yang baik kita seharusnya, melaksanakan segala perintah dan
beriman kepada-Nya.
Amalan yang baik didunia harus dikumpul daripada sekarang sebagai bekalan di
akhirat kelak. Kehidupan dan kemodenan sekarang haruslah berpandukan dan berteraskan kepada agama Islam agar setiap apa yang dilaksanakan dan dilakukan dapat memberi makan di dunia dan di akhirat.
Dalam konteks dunia moden sekarang umat Islam seharusnnya tidak melupakan tradisi tradisional dan kemodenan hari ini harus berpandukan kepada al-Quran as-Sunnah. Penerapan agama Islam dalam setiap perkara harus ditekankan agar dilema yang dilalui mengenai tradisi dan kemdenan dapat diatasi. Pada pandangan saya, tidak salah kemodenan ada dalam diri setiap insan tetapi ia haruslah selari dan tidak bertentangan dengan agama Islam. Autoriti yang ada pada setiap ulama haruslah dihormati kerana mereka diberi ilmu dan hikmah oleh Allah SWT. Islam sendiri menganjurkan umatnya bersikap adil terhadap para ulama terdahulu dan tradisi yang mereka wariskan. Kemodenan yang membawa kepada kemudaratan harus ditinggalkan kernan ilmu pada zaman tradisi amat bergunan untuk kegunaan di dunia dan di akhirat. Kebaikan itu boleh dinilai sendiri sebelum menerimanya bulat-bulat.
No comments:
Post a Comment