Saturday, December 29, 2018

Menyantuni Golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisekusual, Transekual)


Liberal itu sendiri membawa maksud negatif dalam konteks agama Islam malah aspek positif juga tidak dinafikan dalam menilai aspek liberal itu sendiri. Liberal membawa maksud fahaman yang bebas dan berpandangan terbuka. Sebelum menilai liberal kita seharusnya memahami dalam konteks yang lebih mendalam lagi iaitu secara keseluruhan dan tidak hanya melihat dari aspek negatif sahaja malah dari sudut positif juga harus dilihat seperti kebebasan mengamalkan agama, nila-nilai budaya saing, kedaulatan undang-undang, konstitutionalisme dan lain-lain.







Islam sejati menolak liberalisme kerana golongan liberalisme menerima sekularisme iaitu suatu fahaman yang memisahkan agama daripada kehidupan publik yang mana menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual semata-mata. Selain itu, golonan liberal sentiasa mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Seorang Muslim seharusnya mendahulukan al-Quran dan Sunnah dalam setiap perkara yang dilakukan agar tidak bercanggah dengan agama Islam dan golongan liberal berpegang kepada teologi inklusif dimana bukan Islam sahaja yang benar tetapi semua agama juga benar kerana semua itu adalah jalan-jalan menuju kepada Tuhan yang sama. Di samping itu, golongan liberal meletakkan sepenuhnya keyakinan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang terbaik dan tidak mungkin ada yang lebih baik daripadanya serta golongan liberal mempromosikan nilai-nilai liberal seperti gaya hidup bebas, menolak segala bentuk undang-undang moral.


Ciri-ciri fahaman liberal adalah berlandaskan kepada akal semata-mata, mempertikaikan kesahihan al-Quran, menolak hadis serta menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan. Dengan ini sangat bertentangan dengan agama. Tetapi masihkah kita sedar bahawa gologan ini sememangnya memerlukan perhatian msalah yang terjadi pada diri merupakan suatu masalah yang tidak diminta oleh mereka sendiri. Isu sebegini harus diangkat bagi membatu golongan ini tanpa prejudis. 


Dalam kajian ini saya memfokuskan kepada fahaman liberalisme yang mendukung kepada LGBT dari sudut positif. LGBT membawa maksud sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, lesbian, biseksual dan transeksual. Nama ini sudah digunapakai sejak tahun 1990-an bagi melabel mereka menjalani kehidupan sebagai LGBT. Walaupun cara hidup dan tuntutan kumpulan tersebut bertentangan dengan prinsip Islam dan norma kehidupan masyarakat yang normal, namun kegiatan LGBT terus berkembang dalam kehidupan masyarakat kini. Mereka yang terlihat dalam kancah keji ini merupakan mereka yang pernah dibuli, trauma dan sebagainya. Mereka tidak menginginkan perkara ini berlaku kerana ini bukan kehendak mereka. 


Melalui artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) menyatakan pendirian dan sikap menjadi LGBT dalam kalangan Muslim adalah telah ditetapkan oleh Allah SWT. Semua ini adalah ujian dan sesuai dengan kadar kemampuan setiap individu. Firman Allah SWT yang bermaksud “Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cabaran (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu kembali” (al-Anbiya 21:35).
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah AWT akan memberi ujian kepada setiap hambanya dengan pelbagai jenis ujian sama ada berupa kebaikan dan keburukan. Setiap ujian yang diterima harus ditempuh dengan keimanan yang kukuh sesuai dengan ujian yang diterima.




Bila seseorang jahil berbicara mengenai sesuatu hal, memang mudah untuk kita menghukum secara borong. Apabila dikritik mereka akan melenting. Apabila pandangan alternatif diberika, golongan yang bertindak sedemikian akan dilabel “Islam Liberal”. Sikap sebeginilah yang melahirkan pemikiran yang jumud san sempit. Inilah yang berlaku apabila para agamawan hidup dan berfikir di bawah tempurung. Dengan ini pelbagai hukum dan fatwa dikeluarkan bagi menghukum golongan ini secara terus.


Melalui keratan akhbar Utusan Online pada 1 September 2018 menyarankan agar Umat Islam harus berpandukan kepada al-Quran untuk menyelesaikan is berkaitan dengan golongan LGBT ini daripada terus merebak. Pendekatan secara harus dilakukan agar golongan ini lebih selesa untuk didekati. Menurut Firdaus Wong mengatakan abjad ISLAM itu sendiri boleh membawa kebaikan kepada golongan tersebut. Setiap abjad tersebut mempunyai makna yang halus yang perlu didekati dengan golongan ini. 


Abjad pertama I merujuk kepada institusi agama yang perlu diperkasa. Insitusi agama kita dipandang serong kerana gagal memainkan peranan yang baik. Abjad kedua S merujuk kepada santuni iaitu semua pihak digalakkan menyantuni golongan LGBT mendekati mereka serta tidak terlalu cepat memandang serong dengan kumpulan tersebut. L pula merujuk kepada layan iaitu layanan golongan LGBT ini dengan kelembutan, bukan diherdik, menghina dan mengejek kerana ini akan menjatuhkan mereka. Rasulullah SAW sendiri menasihati para sahabat dengan cara lembut dan bukan dengan cara kekerasan. Selain itu, A pula merujuk kepada agamawan yan dilihat menjadi semakin ekslusif dan sukar didekati sehinggan menjadi jurang antara orang biasa yang memerlukan bimbingan dari mereka. Akhir sekali, M adalah merujuk kepada media yang berusaha menanfaatkan semua bentuk media yang ada bagi mendekati dan mengajak golongan LGBT kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, Islam sendiri mengajak orang ramai untuk menyantuni golongan manoriti ini dengan cara yang lembut agar tidak menyakiti hati mereka. Dalam konteks ini, mereka berhak memilih cara hidup yang mereka sukai dan orang ramai tidak seharusnya memaksa golongan ini dengan cara kekerasan.


Selain itu, dalam artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani pada 29 Julai 2018. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata dengan menyantuni golongan itu secara berhemah dan pendekatan kasih sayang, ia diyakini dapat menarik golongan itu daripada terus mengamalkan gaya hidup songsang dan seks bebas yang mendorong mereka terus terjebak dalam lembah kehinaan. Kita tidak seharsnya melihat dari sudut negatif daripada golongan ini malah dari sudut positifnya juga harus dilihat agar kewujudan golongan ini tidak disalahertikan. Tindakan undang-undang tidak wajar di ambil kerana golongan ini perlu didekati untuk memahami apa masalah yang melingkari hidup mereka dan bagaimana boleh membantu mereka supaya kembali kepada fitrah yang Allah jadikan antara lelaki dan perempuan. Pada persidangan Dewan Rakyat 23 Julai lalu Mujahid Menteri di Jabantan Perdana Menteri Parit Buntar berkata undang-undang sedia ada melarang golongan itu mengamalkan gaya hidup mereka. Menikmati hak sama rata sebagai warganegara, golongan LGBT tidak boleh didiskriminasikan dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja. 




Sememangnya berat ujian yang diterima oleh golongan LGBT ini. Namun mereka harus percaya Allah SWT akan menjadikan mereka manusia yang unggul dan berkualiti. Masalah yang dihadapi oleh mereka, juga dihadapai oleh orang lain tetapi dalam ujian yang lain seperti masalah kewangan, pekerjaan hubungan sosial dan sebagainya. Dalam Berita Harian Online pada 28 Disember  mengatakan golongan LGBT ini boleh diubah dengan pendekatan dua hala yang boleh dilakukan khusunya daripada kesungguhan daripada individu terbabit. Golongan ini tidak sepatunya disingkirkan sebaliknya dibantu dengan merujuk kepada pakar serta berusaha mendekatkan mereka kepada ajaran agama Islam yang sebenar.


Rentetan daripada ini, golongan ini tidak seharusnya dipandang rendah dan enteng kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan tetapi mereka menghadapi masalah iaitu terlihat dalam golongan LGBT yang dipandang serong oleh lapisan masyarakat. Oleh itu, sebagai golongan akdemik kita tidak boleh sewenang-wenangnya menolak golongan ini kerana golongan ini juga mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Islam seharusnya merungkai masalah yang dihadapi oleh mereka dengan mengambil pendekatan yang yang lebih holistik dengan mengambil jalan untuk mendekatkan diri dengan golongan ini dan tidak melakukan secara kekerasan terhadap mereka.

Atap Genting dan Atap Rumbia: Teks Deklaratif

Sebelum mengupas lebih lanjut lagi mengenai teks drama Atap Genting dan Atap Rumbia daripada perspektif teks deklaratif rasanya eloklah saya memberi menerangkan mengenai makna dalam sesebuah teks bagi memberi pemahaman kepada pembaca mengenai teks dan makna dalam sesebuah teks drama. Teks dan makna drama dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

  • Deklaratif
  • Imperatif
  • Interogatif

Dalam sesebuah teks drama mempunyai makna yang ingin disampaikan oleh pengarang dan khalayak sebagai penonton akan membuat tafsiran terhadap karya yang dilihat. Khalayak akan mentafsir rasa dan makan yang terselindung kerana ia akan melahirkan pelbagai tafsiran melalui apa yang dilihat. Teks yang dihasilkan oleh pengarang merupakan emosi, luahan hati pengarang sebagai medan untuk meluahkan perasaan sedih, gembira, marah dan lain-lain.  Dengan ini secara tidak langsung akan menghasilkan makna dalam setiap teks yang dihasilkan. 


Deklaratif -  Merupakan teks yang paling mudah difahami kerana pengarang penyampaikan jalan cerita secara terus tanpa sebarang selindung dan cerita tersebut menunjukkan pengakhiran yang akan diagak oleh khalayak. Dengan ini mudah untuk khalayak faham jalan cerita sebenar kerana pengarang tidak membisukan suara dan tiada maksud tersirat yang disampaikan. Teks ini sesungguhnya mengemukakan satu resolusi, satu deklarasi sikap pengarang terhadap penyelesaian yang mana satu pertentangann dalam kehidupan masyarakat. Melalui teks deklaratif ini sebenarnya lebih disukai oleh khalayak kerana jalan ceritanya mudah difahami dan tidak perlu membuat andaian apabila pengakhiran jalan cerita.



Imperatif – Teks imperatif berbeza dengan teks deklaratif kerana teks ini membawa khalayak untuk berfikir mengenai penyelesaian terhadap jalan cerita. Pengarang tidak mengemukakan penyelesaian terhadap jalan cerita. Ia merupakan kepada rentetan yang benar-benar berlaku dalam masyarakat dan kebudayaannya dan tidak mengutamakan sebarang kesimpulan. Dengan ini, khalayak akan dibawa memasuki persoalan kehidupan dan akhirnya khalayak sendiri yang membuat kesimpulan menurut aliran pemikiran masing-masing. Ada khalayak yang suka dengan teks sebegini kerana ia mencabar minda mereka untuk berfikir. Persoalan  demi persoalan akan timbul untuk menambah tenaga dalam teks.



Internogatif – Melalui teks ini ia mencabar pemikiran khalayak. Teks disampaikan secara berlapis-lapis, drama dalam drama, cerita dalam cerita, mimpi dalam mimpi, realiti dalam ilusi dan sebagainya. Teks sebegini mencabar dan menguji kefahaman khalayak untuk mentafsir drama tersebut kerana ia bersifat berat kerana penyampaiannya mempunyai makna yang tersurat dan tersirat kepada khalayak.


Atap Genting dan Atap Rumbia: Teks Deklaratif






Sebagai sebuah karya realisme  pengarang cuba memaparkan realiti masyarakat sebenar sebagaimana yang wujud pada zaman tersebut. Drama ini ditulis pada tahun 1963. Oleh itu, sedikit sebanyak reality masyarakat ekitar tahun 1960-an di paparkan dalam drama ini. Perbezaan yang wujud dari sudut sosio-ekonomi menyebabkan berlakunya pertentangan nilai antra dua golonga ini. Orang kaya yang dianggap tidak sukakan orang desa sebagai tidak setaraf dengan mereka. Ha lini secara tidak langsung memberi kesan dalam urusan kehidupan seharian seperti pemilihan jodoh antara orang kampung dan orang Bandar. Orang tua pada zaman tersebut sangat memilih menantu pilihannya keranan mereka mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang ada pada seseorang calon menantu. Nilai-nilai ini dipegang oleh kelompok masing-masing kerana ada yang ingin menjaga nama, taraf dan sebagainya. Hal ini jelas ditonjolkan dalam drama Atap Genting Atap Rumbia apabila ikatan Shamsuddin dan Shamsiah mendapat tentangan daripada kedua belah pihak yang berbeza fahaman nilai.

Dalam teks drama ini memparkan secara tersurat mesej dan makna penceritannya iaitu pertentangan antara golongan Bandar dengan golongan desa. Percintaan Shamsiah (gadis Bandar daripada golongan berada) dengan Shamsudin (terunan desa daripada keluarga miskin) menerima tentangan hebat daripada orang tua mereka. Akibat tidak samat taraf hubungan mereka tidak direstui. Rentetan daripada jalan cerita yang memaparkan sinis, lucu, teks yang diakhiri dengan mengemukakan satu penyelesaian secara bertolak ansur. Pencintaan ini tidak boleh diputuskan oleh perbezaan latar belakang keluarga hanya kerana tidak mendapat persetujuan orang tua mereka. Namun, di pengakhiran cerita memaparkan kejayaan mengikat percintaan dengan tali perkahwinan dengan bantuan daripada bantuan tukang masak dan tukang kebun yang lebih mengerti perasaan orang muda.

Walapun mendapat tentangan daripada keluarga akhirnya mereka disatukan dengan bantuan orang lain. dengan ini pengarang cuba untuk memaparkan jalan cerita yang mudah difahami oleh khalayak tanpa mereka perlu berfikir dengan mendalam mengeni jalan cerita ini. Jika dilihat secara selapis khalayak akan mudah untuk memahami jalan cerita yang mana melibatkan dua buah keluarga yang berlainan taraf kehidupan. Jalan cerita ini boleh dilihat secara tersurat sahaja tanpa perlu dilihat secara tersirat jalan cerita yang ingin disampaikan.  

Secara keseluruhanya, pengarang berjaya menyampaikan pemikiran terhadap nilai dan permasalahan sosio-politik melalui Atap Genting Atap Rumbia kerana ia di sampaikan secara terus kepada khalayak. Dengan ini khalayak akan lebih dekat untuk memahami mesej yang ingin disampaikan teks ini cuba menggambarakan milieu kehidupan masyarakat, sistem nilai dan makna yang terkandung dalam kebudayaan. Ini jelas menunjukkan sebuah cerita berbentuk deklaratif kerana jalan cerita yang disampaikan secara terus dan mudah untuk khalayak memahami jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang.


Wednesday, December 26, 2018

Kemunduran Umat Islam dalam Sains dan Teknologi



Ilmu menurut Islam adalah ilmu yang mampu membimbing manusia mengenal dan mendekati Allah SWT. (Jasmi, Kamasrul Azmi. 2016a). Sains dan teknologi digunakan ke arah kebaikan bagi mendekatkan diri  kepada Allah SWT. Falsafah ilmu Islam dan Barat sangat berbeza kerana Islam bertunjangkan kepada wahyu dan Barat berpegang kepada falsafah yang lebih terbuka. 



Kepentingan sains dan teknologi amat penting dalam konteks hari ini dalam pembangunan sesebuah negara. Sejak dari dahulu lagi penemuan sanis dan teknologi sudah dapat dikenalpasti oleh cendiakawan dalam bidang astronomi, matematik, fizik, biologi dan perbuatan. Masyarakat dahulu lebih awal mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah dalam bidang sains. Dengan kata lain, masyarakat dahulu lebih mengetahui mengenai sains dan teknologi kerana penguasaan dalam sesuatu bidang memperlihatkan mereka mengetahui bidang sains dan teknologi.


Salah satu punca utama membawa kepada kemunduran dalam bidang sains dan teknologi adalah perpecahan dalam kalangan pemimpin Islam. Isu mementingkan diri tidak harus ada dalam diri setiap pemimpin untuk mentadbir sesebuah negara agar tidak berlaku perecahan. Penyalahgunaan kuasa menyebabkan kuasa besar Eropah menjadi peneraju bidang sains dan teknologi. Kemuduran bidang sains dan teknologi terkesan kepada negara yang sedang membangun kerana bidang sains dan teknologi amat penting dalam membangunkan institusi sesebuah negara. 


Kemunduran bidang sains dan teknologi adalah dimonopoli oleh negara kelas ketiga yang mana majoritinya diwakili oleh negara Islam dan kemajuan negara dikuasai oleh negara membangunan iaitu negara kelas pertama yang banyak dikuasai oleh bangsa yahudi dan kristian. Oleh itu, kekuasaan sains dan teknologi dikuasai oleh mereka dan pembangunan sesebuah negara turut dikawal oleh mereka. Dengan ini, onegara Islam seharusnya membuka mata untuk memajukan bidang sains dan teknologi dalam konteks Islam agar tidak bercanggah dengan agama Islam.


Pendidikan yang diberi kepada golongan peribumi adalah sangat rendah kerana masyarakat peribumi mempunyai kelayakan yang rendah dari golongan yang lain. Sekatan yang dibuat oleh barat menyebabkan sistem pendidikan Islam tidak maju ke hadapan. Namun terdapat beberapa faktor utama yang menghalang negara atau umat Islam untuk memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi. 


Tahap Kebergantungan 

Pinjaman teknologi moden merupakan kaedah kebergantungan negara membangun untuk membangnkan kemudahan teknologi yang terkini. Untuk menjadi sesebuah negara yang sebaris dengan negara maju yang lain, kemajuan dalam bidang teknologi amatlah penting bagi memperkuat dan memperluaskan lagi  sesebuah negara.Sesebuah negara membangun haruslah selari dengan kemajuan sains dan teknologi bagi memperkukuhkan kuasanya. Negara Jepun dan Turki merupakan negara yang membangun dalam bidang sains dan telnologi serta bijak dalam menguruskan pemerintahan untuk pembangunan negrannya. Pemeritahan negara Jepun tidak dapat disangkal lagi kerana Jepun lebih maju ke hadapan dan berjaya menjadisalah sebuah kuasa besar dalam bidang ekonomi yang di kenali di seluruh dunia. Berbanding dengan Tukri yang hanya menghatar pelajarnya mempelajari teknologi di luar negara. Perancangan yang jelas, teliti, rapi yang mempunyai visi dan misi yang baik akan dapat membangunkan dengan sempurna dalam bindang sains dan teknologi.


Kolonialisme 

Di samping itu, faktor yang menghalang dalam kemajuan bidang sains dan teknologi adalah kolonialisme. Sistem ini memberi kesan psikologi yang buruk kepada masyarakat setempat kerana pendekatan yang dibawa oleh penjajah. Akibatnya berlaku perpecahan dalam kalanganbangsa peribumi dan menjejaskan kesejahteraan peribumi, golongan kelas perdagangan seta memonopoli ekonomi. Dengan ini, sistem pendidikan Islam dijajah dan mereka dipandang serong oleh negara lain dan ia secara tidak langsung negara Islam tidak dapat maju kehadapan kerana batasan yang dilakukan oleh kolonialisme. Keadaan ini berlanjutan berlaku walaupun sesebuah negara itu telah mencapai kemerdekaan. 


Sistem Pemerintahan

Pemerintahan sangat penting dalam membangkitkan sesebuah negara. Nilai kepimpinan yang lemah akan menjatuhkan kemajuan sesebuah negara seterusnya menghalangsesebuah negara untuk bersaing dengan cara yang sihat. Orang yang berpendidikan dan berpengetahuan mempunyai kekuatan untuk memajukan sesebuah negara ke arah yang lebih dinamik dan baik. Kepimpinan yang baik dan sempurna menggambarkan kepada negara yang akan diperintah. Seseorang pemerintah  yang baik akan menggambarkan dan melambangkan kemajuan negara tersebut.

Pemimpin yang telah dilantik bagi meneraju sesbuah negara haruslah mempunyai pengetahui yang luas mengenai bidang sains dan teknolgi. Hal ini kerana, bidang ini amat penting bagi membangunkan sesebuah negara dalam konteks kini. Dengan ini secara tidak langsung dapat meneraju dan memacu matlamat negara ke arah yang lebih sistematik. 


Sistem Pendidikan

Nagara Islam lebih cenderung untuk memperkasa bidang ketenteraan berbanding dengan bidang pendidikan. Hal ini kerana, kurangnya daya intelektualan serta visi pada pemimpin sesebuah negara. Sistem pendidikan yang bercorak adunan sendiri perlu dilaksanakan untuk menambahbaik pemikiran yang berfalsfah, lebih kreatif dan kritis. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat sukar untuk diterapkan kerana nilai yang perlu ada pada setiap anak tempatan untuk memperlekehkan intelektulan dalam bidang sains dan teknololgi menjadi obesi dari negara Barat. Tradisi Islam yang wujud pada zaman klasik haruslah dikembangkan lagi pada zaman kini. 


Ekonomi

Perancangan bidang ekonomi bagi kemajuan sanis dan teknologi amat penting. Kerana ia dapat meneroka pasaran dan membuka ruang perniagaan dan menarik minat pelabur luar untuk membuat kerjasama dengan sesebuah negara. Perkembangan ekonomi yang baik secara tidak langsung akan memberi peluang kepada negara luar berani untuk melabur dengan negara Islam. kerancakan bidang sains dan tenkologi perlulah dirancakkan agar dapat memeri manfaat yang baik. Namun kebelakangan ini terdapat permasalahan ekomoni yang masih tidak diurus dengan baik dalam kalangan negara Islam yang menjadikan negara Islam paling miskin dibebankan dengan bebanan hutang dari negara bukan Islam. 

Kesimpulanya, bidang sains dan teknologi merupakan ilmu yang penting dalam bidang ilmu pentadbiran alam. Daripada dahulu lagi, ilmu sangat penting kepada umat Islam untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Galakan menuntut ilmu juga telah ditulis dalam al-Quran. Islam juga menggalakan umatnya untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahat. Dengan ini dapat dilihat, bertapa pentingnya ilmu kepada setiap manusia itu sendiri. Islam tidak menghalang umatnya untuk mempelajari ilmu sains selagi tidak menimbulkan kemudaratan atau bercanggah dengan akidah Islam.

Liberalisme - Khalif Muammar


Golongan liberal akan mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara yang dilakukan. Malah Islam sendiri perlu mendahului al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap perkara berbanding dengan mendahulukan akal. Apa yang kita ketahui liberal adalah racun dalam segala perkara yang menyebabkan akidah seseorang terpesong kerana memntingkan akal dalam melakukan sesuatu perkara. Fahaman liberal dipeopori oleh pemikir Barat semasa zaman Renaissance tetapi pemikiran ini telah disebarluaskan kepada masayrakat Timur. Jika mempunyai pegangan agama yang lemah sudah pasti seseorang akan terjerumus dalam kancah golongan liberal yang tidak benar dalam konteks Islam.






Tujuan manusia dihidupakan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT sebagai hamba Allah. Manusia seharusnya melakukan dan menjalankan perkara yang diperintah oleh-Nya. Dunia merupakan JAMBATAN untuk menuju ke akhirat. Dunia juga merupakan tempat sementara sebelum setiap manusia menuju ke akhirat. Oleh itu umat Islam harus mengumpul amalan kehidupan sebelum dibawa ke akhirat kerana dunia adalah tempat persinggahan sementara. 



Barat mempunyai agenda untuk meracuni pemikiran umat Islam dengan menyesatkan akidah mereka. Oleh itu, umat Islam harus memperkukuhkan diri dengan mendekatkan diri dengan islam agar tidak membawa kesesatan. Fahaman liberal perlu dilihat secara menyeluruh dalam konteks positif dan negatif kerana ia memberi kesan kepada cara hidup seseorang Muslim. Orang Islam sejati akan menolak liberal kerana golongan liberal menerima sekularisme, mendahulukan akal rasional, pluralisme agama, demokrasi liberal dan mempromosikan nilai-nilai liberal seperti gaya hidup bebas, menolak segala undang-undang. 


Pemikiran liberal ini mempunyai tiga asas iaitu dari segi kebebasan, individualisme dan rasionalisme. Ini dapat diterangkan dengan lebih mendalam lagi :


Kekebasan : Berdasarkan asas kekebasan ini bermaksud setiap individu bebas untuk melakukan apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan. Pihak pemerintah atau kerajaan mempunyai kuasa untuk membuat peraturan atau tegahan. Perbuatan yang dilakukan hanya mampu dibatasi atau disekat oleh undang-undang yang dibuat oleh individu itu dan tidak terikat dengan peraturan agama.

Individualisme : Mengandungi dua pengertian iaitu pengertian sikap keakuan (ananiyah) dan cinta terhadap diri sendiri. Pemahaman ini menguasai pemikiran orang Erpoah seja zaman kebangkitan Eropah sehingga abad ke-20 Masihi. Pengertian kedua bermaksud kemerdekaan diri dan ini adalah fahaman baharu dalam anutan liberalisme yang dipanggil pragmatisme. 

Rasionalisme (keutamaan menggunkan akal) : Mendewakan akal untuk mencari dan mencapai sesuatu kepentingan dan manfaat tanpa memerlukan kekuatan yang lain. 


Dalam konteks dunia kini banyak isu liberalisme yang dapat dilihat di media sosial. Antara kes yang paling mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan bualan mereka adalah kes mengenai isu Sajat yang dikatakan sebagai seorang lelaki yang bertukar jantina keada perempuan dengan kata lain "pondan". Sajat seboleh-boleh mengatakan dia adalah seorang perempuan dan walaupun sebelum ini ada wawancara bersamanya mengaku dia seorang pondan. Kebebasan yang dilakukan oleh Sajat lantas telah memesongkan akidahnya sebagai umat Islam. Dalam Islam mementingkan dan bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam melakukan sesuatu perkara. Allah SWT sendiri melaknat mereka yang berpakaian seperti kaum wanita dan tujuan kaum lelaki dihidupkan adalah untuk memlihara dan menjaga kaum perempuan bukan untuk menjadi seperti kaum wanita. 






Kejelitaan dan kecantikan Sajat tidak dapat dinafikan lagi seperti perempaun. Dalam pada masa yang sama walaupun Sajat merupakan seorang lelaki, Sajat juga mengatakan dia mengalami apa yang wanita lain alami iaitu kedatangan haid. Berbagai-bagai cara dilakukan oleh dia sendiri bagi menujukkan dan membuktikan dia adalah seorang perempaun. Hukum lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dengan cara perbuatan sama ada dengan pengambilan hormon atau membuat pertukaran jantina adalah HARAM. ia termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Hal ini berdasarkan hadith: 



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بْنِ مَسْعُودٍ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،  قَالَ:  لَعَنَ  اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ  وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ : (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا) .

Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a  katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud... Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”

Daripada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa, Allah SWT melaknat mereka yang mengubah ciptaan Alah. Dan segala perkara yang di perintah haruslah dilakukan dan dipatuhi dengan sempurna manakala, segala yang dilarang haruslah ditingglkan . Islam itu sangat mudah, jika kita mematuhi perkara yang diperintah Allah akan merahmati kehidupan setiap umatnya. 

Menerusi facebook Khalif Muammar, liberal lebih mendatangkan kepada kemudaratan berbanding dengan manfaat kepada manusia. Setiap manusia harus berfikiran di jalan yang benar dan betul bersandarkan kepada konteks agama Islam. Golongan ini seharusnya di beri hukuman yang setimpal dan tidak menyokong segala aktiviti yang dilakukan supaya dapat menyedarkan mereka bahawa perkara yang dilkukan adalah salah. Kebebasan dalam Islam adlah haruslah berpada-pada agar tidak setiap umat Islam masih pada landasan yang benar dari sudut sisi pandangn Islam. 

Kesan perbuatan golongan tersebut, Islam akan dipandang serong oleh agama lain. Agama lain akan menganggap Islam sendiri tidak menganjurkan kepada kebaikan kepada setiap umatnya. rentetan daripada itu, ahli-ahli ulama yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama haruslah memberi teguran kepada Sajat. Jika teguran lembut tidak berkesan teguran kasar pelu dilakukan agar dapat memberi kesan kepada Sajat agar memberi kesan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh dia adalah sesuatu yang salah. 

Setiap umat Islam haruslah bertaubat apabila melakukan kesalahan. Oleh itu Sajat harus disedarkan dengan segera agar dapat bertaubat sebelum terlambat walaupun pelbagai cara dilakukan olehnya untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah sorang perempaun. Nasihat dan teguran secara lembut harus dilakukan agar dapat mendekatkan diri kepada mereka. Cara kekerasan tidak harus dilakukan  terhadap golongan ini kerana merka juga mempunyai hati dan perasaan yang harus di jaga sepertim manusia normal yang lain. 


Kehidupan manusia harus berlandaskan kepada amar makruf nahi mungkar agar segala perkara yang dilakukan akan berbalik kepada Allah SWT. Justeru itu, bagi melengkapi kehidupan di dunia dan di akhirat manusia perlu kembali kepada agama yang benar dan lurus serta bersandarkan kepada wahyu Allah. 


Friday, December 14, 2018

Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan

Dalam menyingkap tradisi dan kemodenan umat Islam hari ini tidak terkecuali dalam mengalami dilema. Dalam artikel yang tulisan Khalif Muammar A.Haris yang telah membicarakan persoalan tradisi dan kemodenan di letakkan pada tempat yang wajar. Hal ini kerana, berlakunya banyak kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Golongan modenis, golongan tradisional dan ada yang mengambil jalan tengah untuk memberi makna dan maksud mengenai tradisi dan kemodenan ini. Keadaan ini telah mewujudkan maksud yang berbza-beza dalam konteks umat Islam.




Golongan Moden menganggap tradisi membebankan yang harus dilupakan untuk maju ke hadapan. Manakala pada golongan yang berlawanan iaitu golongan Tradisional mengkuduskan tradisi sehingga menganggap segala yang dipertuturkan tidak boleh diganggu gugat dan harus di terima sebagaimana adanya tanpa apa-apa perubahan. Selain itu, ada mengambil jalan tengah dengan menerima apa yang benar dan baik serta menolak apa yang salah dan buruk.


Al-turath (dalam bahasa Arab)
Perkataan tradisi tidak dapat digantikan dengan perkataan al-turath kerana terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Perkataan tradisi memberi konotasi negatif. Tradisi memberi makna segala pandangan, doktrin, amalan, peribadatan, yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi lain. ia lebih kepada cerita dongeng (folklore, legend) dan mitos yang diturunkan gengerasi ke generasi melalui komunikasi lisan. Oleh itu, pemikir-pemikir Barat melihat tradisi ini tidak releven untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kontemporari.



Turath merupakan panduan bagi umat Islam memahami dan melaksanakan ajaran agama Islam. Ia merupakan kerangka klasik yang masih digunakan dan berperanan merakam pemahaman dan pentafsiran terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Ia juga dianggap sebagai ajaran-ajaran yang tidak bertulis yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang diteruskan penyebarannya.



Golongan moden atau masyarakat kontemporari beranggapan tradisi adalah beban yang harus dilupakan untuk kemajuan masa hadapan. Dengan ini Barat menolak sekeras-kerasnya berkaitan dengan tradisi. Makalah ini juga mengkritik pendekatan liberal dalam berhadapan dengan turath yang mengakibatkan keruntuhan autoriti agama. Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, beriman kepada kekuasaan Allah dan perkaraghaib. Dunia merupakan jambatan yang menghubungkan kepada akhirat. Oleh itu, setiap manusia harus mengumpul pahala dan amalan yang baik untuk bekalan di akhirat kelak.


Dari sudut tradisi dan kemodenan menurut perspektif Islam dan Barat mempunyai perbezaan yang amat ketara. Perkataan tradisi sendiri memberi padnangan negatif Barat kerana tradisi dikatakan tidak releven untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kentemporari. Tradisi lebih kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari generasi kganerasi melalui komunikasi lisan. Namun, melalui pandangan Islam tradisi dihormati dan dihargai kerana ia menuju ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Turath merupakan panduan dan bimbingan umat Islam dalam menjalanu kehidupan yang lebih baik. Berbeza pula dengan zmana kemodenan tela memalui pascatradisi yang menekankan kepada sains dan teknologi serta kemajuan material. 


PELECEHAN TERHADAP TRADISI DAN AUTOROTI

Pada abad ke-19 telah berlaku kecenderungan untuk mengkritik tradisi atau turath. Sebagai manusia yang lemah dalam bidang ilmu agama tidak seharusnya merendahkan para ulama besar. Golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jammah menganggap diri mereka lebih tahu tentang agama dan dekat kepada al-Quran dan al-Sunnah. Keadaan ini ini telah menyebabkan golongan ini menganggap mereka sedarjat dengan para ulama besar. Islam merupakan agama yang sangat menekankan ilmu dalam kehidupan seseorang muslim keranan agama ilmuan diangkat tinggi martabatnya disisi Islam. sepertimana yang diketahui, menghormati ulama adalah sebahagian daripada menghormati ilmu. Oleh itu, kepentingan menghormati Islam merupakan sebahagian autoriti daripada melindungi Islam daripada kerosakan akhlak. Umat Islam sendiri perlu menjaga autoriti dalam Islam agar tidak membawa kepada keruntuhan Islam. 


ISLAM DAN MODENITI 

Kemajuan dan pembangunan teknologi dilihat telah berlaku perubahan yang pesat berkaitan dengan pengalaman masyarakat Barat. Modeniti mengandungi nilai-nilai Barat sedangkan kemajuan dan pembangunan tidak. Modeniti adalah lahir dari Barat setelah falsafah Barat berjaya meninggirkan agama dan tradisi serta menolak pandangan alam yang berdasarkan kepada agama. Tradisi dan modeniti sangat berbeza kerana modeniti menolak metafizik serta membangunkan worldview baru. 





Allah menerima setiap taubat hambanya. Dan sebagai hamba yang baik kita seharusnya, melaksanakan segala perintah dan beriman kepada-Nya.  Amalan yang baik didunia harus dikumpul daripada sekarang sebagai bekalan di akhirat kelak. Kehidupan dan kemodenan sekarang haruslah berpandukan dan berteraskan kepada agama Islam agar setiap apa yang dilaksanakan dan dilakukan dapat memberi makan di dunia dan di akhirat. 

Dalam konteks dunia moden sekarang umat Islam seharusnnya tidak melupakan tradisi tradisional dan kemodenan hari ini harus berpandukan kepada al-Quran as-Sunnah. Penerapan agama Islam dalam setiap perkara harus ditekankan agar dilema yang dilalui mengenai tradisi dan kemdenan dapat diatasi. 


Pada pandangan saya, tidak salah kemodenan ada dalam diri setiap insan tetapi ia haruslah selari dan tidak bertentangan dengan agama Islam. Autoriti yang ada pada setiap ulama haruslah dihormati kerana mereka diberi ilmu dan hikmah oleh Allah SWT. Islam sendiri menganjurkan umatnya bersikap adil terhadap para ulama terdahulu dan tradisi yang mereka wariskan. Kemodenan yang membawa kepada kemudaratan harus ditinggalkan kernan ilmu pada zaman tradisi amat bergunan untuk kegunaan di dunia dan di akhirat. Kebaikan itu boleh dinilai sendiri sebelum menerimanya bulat-bulat. 



Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu

Artikel ini akan membincangkan mengenai falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas kepada pembentukan Kebudayaan dan Kesenian. Aspek-aspek yang menjadi asas pembentukan ini adalah melalui fahaman akidah, rasional dalam Islam, toleransi dalam Islam, ukhuwwah, pandangan sejagat Islam, fahaman ahli sunnah waljammah, ciri-ciri kedamaian, kesenian Islam. Orang Melayu berperanan dalam usaha untuk membentuk kebudayaan agar akhirnya dapat membentuk jati diri Melayu Islam yang sejati. 


Pemikiran orang Melayu telah dipengaruhi oleh pengaruh Hindu Buddha sebelum kedatangan Islam. Rakyat dipisahkan dengan sistem kasta dan sistem feudal memberatkan kehidupan rakyat. Rakyat lebih terbeban tetapi tidak berani untuk meluah. Ajaran agama pula disebarluaskan pada golongan atasan sahaja dan tidak kepada golongan bawahan. Apabila Islam datang, telah berlaku transformasi ke atas kebudayaan Melayu menerusi pemikiran, falsafah terhadap orang Melayu.


Fahaman Akidah Yang Mudah Diterima Akal

Kebudayaan dan Kesenian berkaitan antara satu sama lain. akidah yang menjunjung Allah SWT dan berasulan Muhammad SAW menjadi pokok utama dalam kebudyaan dan Kesenian. Tuhan  merupakan penentu segala perkara. Dengan ini, Tuhan diletakkan yang paling utama dalam kebudayaan Melayu. Kesenian Islam merangkumi nilai-nilai indah (al-Jamal) kepada kebenaran (al-Haqq).


Pengertian indah menurut Barat dan Islam sangat berbeza

Indah dalam Islam à (satu zat Allah) bukan hanya indah dalam cara atau teknik tapi indah dalam kebenaran Hakiki
Indah dalam Barat à keindahan hanya diperkatikan dengan estetika




Fungsi Rasionalisme Islam


Syed Naquib lebih selesa menekankan jasa besar Islam menggerakkan daya rasional intelak manusia Melayu-Indonesia. Beliau telah membawa pelbagai peringkat ke zaman baru yang lebih maju dan berjaya. Perkara ini membawa kepada intelek dan rasional umat Melayu yang sebelum ini tidak ditekankan. Syed Naquib Al-Attas telah menggunakan istilah baru yang bermakna Islam telah memberikan wajah dan inspirasi baru terhadap kehidupan dan kebudayaan Melayu.




Abad ke-16 dan ke -17 adalah tempoh subur penulis-penulis sastera dan falsafah, metafizik dan teologi, lahir tokoh-tokoh ternama ternama menulis dan menyalin bahan bahan dari Timur Tengah dalam bidang-bidang di atas. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa, zaman tersebut merupakan zaman pembangunan rasionalisme dan intelektualisme yang tidak pernah berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di Asia Tenggara. 


Pengaruh persuratan telah berlaku dengan meluas di Alam Melayu. Dan telah lahirnya karya-karya besar di Champa, Sumatera, Jawa mahupun Sulawesi. Telah lahir tokoh bebarapa orang tokoh pemikir seperti Empu Kanwa, Empu Dharmaja, Empu Tantalur dan Empu Parapanca yang menghasilkan buku Nagarakartagama. Sifat kreativiti orang Melayu memperlihatkan kemunculan hikayat-hikayat yang membawa mesej Islam melalui penceritaan tokoh atau peristiwa-peristiwa seperti Hikayat-Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya. Manakala, hikayat bersifat Nusasntara seperti Hikayat Raja Pasar, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Melayu dan sebagainya.



Sumbangan ulama dan penulis agama tidak dapat dilupakan. Kelahiran tokoh-tokoh tekenal seperti Hamzah Fansuri, Syed Abdul Kadir Kedah, Syed Daun al-Fattani dan lain-lain meningkatkan lagi penulisan warisan gemilang dan bidang agama. 


Watak damai dan toleransi

Karateristik atau watak Islam di Asia Tenggara lebih damai, ramah dan toleran. Thomd W.Arnold dalam buku The Preaching of Islam di Asia Tenggara lebih ‘jinak’ lebih ‘lunak’ menerusi konsep penyebaran Islam. Barat menganggap tidak murni kerana lebih jelek dan kurang murni. Perlembagaan Negara Malaysia 1957 telah mewujudkan tolak ansur dan persefahaman antara kaum yang menjadi landasan pembentukan sebuah negara yang bersatu padu. Pemebrian kerakyatan telah diberi kepada orang-orang bukan Melayu iaitu Cina dan India. Tolak ansur dan kelonggaran telah memberi keuntungan besar kepada orang-orang bukan Melayu walaupun mereka tidak tahu dan tidak fasih berbahasa Melayu dan adat budaya Melayu.


Deklarasi Hidup Bersaudara
Melaka merupakan tumpuan saudagar dan aktiviti perdagangan dan sebuah pelabuhan yang terkemuka di dunia. Dalam Islam juga menjelaskan semua orang mukmin itu bersaudara seperti firman :


Surah Al Hujurat ayat 10



Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa, setiap orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, kedamaian adalah punca untuk menyatukan antara satu sama lain. serta bertakwa kepada Allah merupakan salah satu cara untuk mendapat rahmat dan keredaan daripada-Nya. 


Kedamaian yang berlaku dapat dilihat daripada pedagang bebas berurusan dengan tenang kerana tiada peperangan. Deklarasi bersaudara menyumbang kepada suasana damai di rantau ini. Barat menjadi bangsa memperkenalkan ‘budaya jahat’ akibat mazhab da amalan agama yang berlainan. Barat gagal mempraktikan deklarasi ini.



World View Kehidupan Dunia dan Tuntutan Spiritual

Fahaman yang memikat hati nurani bangsa Melayu ialah falsafah yang menekankan hubungan intip dunia da akhirat.


Fahaman Animisme – membentuk hubungan dengan alam
Fahaman Hindu Buddha – pengaruh kerohanian dan nilai-nilai akhlak yang mengandungi unsur-unsur ritual melampau .
Kedatangan Islam – fahaman animisme dan Hindu Buddha mundur


Tuntutan Islam adalah kepada duniawi dan ukrawi dan manusia mula menerima anjakan daripada tradisi sebelumnya. Pengaruh Islam telah merubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu.  Pemikiran Islam adalah merubah kepada bercorak pemikira intelektual yang rasional dan ilmiahcdalam konteks Islam.





Thursday, November 29, 2018

Mitos Peribumi Malas - Syed Hussein Al-Attas

Buku Peribumi Malas


Buku ini sangat menarik dibaca bagi memberi pendedahan ilmu kepada orang Melayu mengenai kebenaran mitos peribumi malas. Orang Melayu sering kali di’cop’ sebagai golongan malas. Namun, adakah malas yang digambarkan dan dinyatakan oleh mereka betul? Syed Hussein melihat kapitalismekolonial yang berada di tanah jajahan menjadi satu penindasan kepada masyarakat peribumi. Citra kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan adalah tidak berasas malah tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi orang Barat.



Di dalam artikel ini, Malaysia, Filipina, Indonesia diberi tuduhan yang tidak berasas, manakala masyarakat Barat digambarkan sebagai seorang yang rajin bekerja. negara Barat yang menguasai kolonial telah menguasai fikiran dunai jajahan. Penerapan ideologi ini telah menganggap amalan diskriminasi dalam melaksanakan kerja dan berpendapat bahawa orang Melayu adalah golongan yang malas bekerja. Lebih menyedihkan lagi, pendapat peribumi tidak di ambil kira sebaliknya hanya ditafsirkan oleh penjajah Barat sahaja. Peribumi tidak boleh bersuara dengan terbuka kerana penjajah Barat lebih berkuasa pada masa tersebut. Salah satu faktor utama, kedatangan penjajah Barat adalah untuk mendapatkan wilayah bagi mengeksplotasi ekonomi di tanah jajahan.



Syed Hussein Al-Attas


Syed Hussein At-Attas menyatakan bahawa pada abad ke-19 dan ke-20 sarjana Barat menggambarkan nilai negaif orang Melayu di pantai Timur dan Barat. Orang Melayu di pantai Barat dikatakn bodoh, lemah manakala, orang Melayu di pantan Timirdikatakan kurang berada. Keadaan ini digambarkan secara jelas mengenai orang peribumi. Pada abad ke17 hingga ke -19 penduduk Filipina menyerupai masyarakat Melayu dari segi kadangkala pandangan mereka. Masyarakat Filipina digambarkan tidak boleh dipercayai, dungu, malas, gemar melancong. dan mereka dikatakan apabila membuka pintu mereka tidak pernah menutupnya. 


Penindasan yang dilakukan oleh kapitalisme kolonial adalah salah satu cara untuk kepentingan peribadi mereka idea utama mereka adalah dalam membahaskan ideologi kolonialisme adalah meninterprestasi kemalasan golongan peribumi. Keengganan masyarakat peribumi dalam kegiatan ekonomi menyebabkan lemparan negatif mereka terhadap golongan peribumi. Dalam hal ini, mereka para penulis kolonial melemparkan tuduhan dan hujan ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap punca utama kemalasan golongan peribumi.


Selain itu, imej orang Jawa sejak abad ke-18  hinggan ke-20. Sistem tanaman paksa mengakibatkan beberapa perlakuan kejam dilakukan kepada orang Jawa. Sistem yang dibuat tidak adil kerana petani dipaksa menanam tanaman jualan selama 240 hari  yang mana mereka tidak memperuntukan masa untuk tanaman makanan mereka. Mereka tiada hak bersuara untuk menanam tanaman pilihan mereka.



Tanaman Buruh Paksa




Secara keseluruhannya, Mitos Peribumi Malas hanyalah bersandarkan kepada mitos sahaja. Syed Hussein menolak pendapat negatif Barat terhadap masyarakat Timur yang di anggap malas dan tidak komitment ketika bekerja. Bukti-bukti yang di ambil daripada beberapa orang tokoh jelas membuktikan tiada alasan yang kukuh untuk menyatakan golongan peribumi malas. Namun, ada sebab yang menyebabkan golongan peribumi tidak melaksanakan kerja yang diminta oleh golongan kapitalisme. Melalui karya Syed Hussein Al-Attas ini, akan menyedarkan golongan peribumi tidak bersalah dan peribumi itu malas seperti yang dinyatakan adalah mitos semata-mata. Masyarakat pada ketika itu menolak untuk bekerja di bawah system perhambaan dan bertindak untuk bekerja sendiri. Orang Melayu membawa pekerja daripada India dan Cina untuk menopoli sumber bahan mentah, lantaran itu orang Melayu miskin di negeri sendiri. 


Gambaran yang ditulis dalam buku tersebut hanyalah hujan yang tidak bersandarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Ungkapan golongan peribumi malas tidak dianalisis dengan terperinci yang menggambarkan kemalasan yang tidak tepat bagi golongan peribumi. Akibat peribumi tidak mahu bekerjasama dan membantu dalam ekomoni, Barat telah membuat spekulasi dengan mengatakan peribumi adalah gologan pemalas. Dengan ini, gembar-gembur yang dibuat akan membuatkan masyarakat lain memandang serong kepada golongan peribumi. Propaganda ini hanyalah pembohongan palsu yang di buat oleh Barat dan masyarakat Melayu wajib membaca buku ini dengan teliti agar mereka dapat tahu 'Mitos Peribumi Malas' hanyalah rekaan golongan kolonial sahaja terhadap peribumi Melayu.